Sunday, June 22, 2008

Bapak oh Bapak!

Salam,

Mak Kecik dah lama tak berjumpa dengan Bapak, bapa mertuaku. Kalau ikutkan hajat di hati, memang kami mahu melawatnya sekali sebulan. Cuma kebelakangan ini, Pak Cik sibuk dan kesibukan ini kadang-kadang memang tidak dapat ditelah lebih awal. Justeru kami tidak berani membuat perancangan terlalu awal, bimbang ianya terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir dan lebih mengecewakan orang tua itu.

Sabtu lalu (14 Jun) , biras Mak Kecik ke Sungai Petani untuk mengambil Bapak. Bapak perlu ke IJN untuk mengambil ubat jantungnya. Selain dari itu, kehadiran Bapak sebagai jurucakap keluarga juga diperlukan kerana cucunya mahu menyunting anak dara orang. Rombongan kami seramai 13 orang meliputi 4 generasi berlepas ke Kota Kinabalu pada 19 Jun dengan pesawat ... apa lagi kalau bukan Air Asia. Yes, now everyone can fly!

Di KK, kami menginap di dua buah apartmen 3 bilik. Bapak dan Tok Mak berkongsi apartmen dengan Mak Kecik 5 beranak. Walaupun kami menghabiskan banyak masa di apartmen yang satu lagi untuk makan minum dan menyiapkan barang-barang hantaran, Mak Kecik sempat juga lepak dengan Bapak. Kali ini Bapak memberitahu Mak Kecik tentang penglibatannya dalam e-trading!

Bapak is an intelligent man dan untuk seseorang yang berusia 80 tahun ++, daya ingatannya juga amat baik tetapi Bapak dan e-trading? Susah untuk Mak Kecik menerimanya kerana beliau ada fobia untuk all things electronic. Sehingga kini beliau tidak berani menggunakan ATM. Dulu kami menggalakkannya untuk belajar menggunakan komputer supaya dia boleh melayari internet tetapi beliau menolaknya atas alasan beliau sudah tidak berkemampuan untuk belajar.


Bapak menceritakan bidang barunya dengan 2 harapan: 1. Kami dapat memberikan modal yang lebih besar supaya dia dapat membeli pakej yang lebih menarik pulangannya. 2. Kami menjadi 'kaki' di bawahnya. Bapak betul-betul yakin yang 'perniagaan' yang diceburinya kini bukan sekim Pak Man Telo abad 21. Mak Kecik tak bertanya modal asalnya tetapi menurut Bapak, rekod 'on-line'nya menunjukkan 2 pembayaran berjumlah RM 900 dan RM 1200 dalam tempoh 2 minggu. Lumayan!

Pagi tadi, Bapak datang ke rumah. Mak Kecik saja tak keluar bilik kerana tak mahu ganggu orang dua beranak itu berbincang tentang 'pelaburan' yang menjanjikan pulangan berjuta ringgit dalam masa setahun dua. Kata Pak Cik, Bapak minta RM 3000 supaya dia boleh beli pakej platinum. Pak Cik juga buka laman sesawang perniagaan tersebut dan sama-sama menelitinya dengan Bapak. Kesimpulannya Pak Cik tidak yakin dengan perniagaan tersebut.

Mak Kecik tahu Bapak kecewa kerana tidak mendapat sokongan Pak Cik. Mak Kecik juga tahu pada pemikirannya, jumlah RM 3000 sekadar 'chicken feed' pada Pak Cik. Perasaan Mak Kecik memang bercampur-baur: sedih kerana menghampakan harapan orang tua walaupun tindakan itu adalah yang terbaik dan gembira kerana menggagalkan 'vultures' yang berlegar mencari mangsa di kalangan pesara-pesara. Wallahua'lam

***
Lawatilah Ui2U.com untuk mengetahui peluang membuat duit yang ditawarkan kepada bapaku yang buta IT.

***

Untuk mengingatkan diri ini tentang tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya, Mak Kecik baca PARENTS.pdf (application/pdf Object) .

Thursday, June 12, 2008

Pengurangan elaun keraian sebanyak 10%: Setakat itu saja?

Salam,

Berita ini Mak Kecik petik dari Utusan Online

Elaun keraian menteri, timbalan dikurangkan 10 peratus

PUTRAJAYA 9 Jun – Elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dikurangkan sebanyak 10 peratus bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengurangan elaun itu akan bermula 1 Julai ini.

“Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Membanteras Inflasi di pejabatnya di sini hari ini.

Ketika ini, elaun keraian bulanan bagi Perdana Menteri ialah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), menteri (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, tugas rasmi menteri-menteri ke luar negara juga akan dihadkan kepada persidangan dan mesyuarat antarabangsa.

Katanya, untuk tugasan itu, menteri hanya layak diiringi tiga orang pegawai kementerian, manakala timbalan menteri hanya dibenarkan membawa tiga orang pegawai.

“Pegawai yang hadir hendaklah terlibat secara langsung dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.

“Ketua Setiausaha Kementerian tidak dibenarkan menyertai bersama dalam rombongan menteri untuk tugas rasmi di luar negara kecuali bagi mesyuarat berjadual tertentu,” katanya.

***
Adakah maklumat ini benar dan masih terpakai?

***

Pakcik menyertai sebuah firma guaman sebagai rakan kongsi dalam tahun 1985. Kami bernikah pada tahun 1986. Sebelum itu, Mak Kecik tak pernah kisah pun tentang gaji atau apa-apa manfaat yang diterimanya. Selepas kawin, baru Mak Kecik tahu yang selain dari gaji, Pakcik juga diberi saraan minyak kereta dan telefon.

Selepas beberapa bulan kawin, Pakcik beritahu Mak Kecik yang dia tidak lagi memberikan bil bulanan telefon kepada pejabat kerana kebanyakan panggilan yang dibuat dari rumah adalah panggilan peribadi. Mak Kecik tak bekerja, duduk di rumah, masa tu telefon bimbit pun baru generasi pertama, memanglah Mak Kecik yang menggunakan telefon di rumah. Pakcik pula di awal perkahwinan, keluar pagi, balik malam. Ada juga dia membuat panggilan ke luar negara yang tidak sama zon waktu dengan Malaysia tetapi jarang-jarang sangat. Kata Pakcik, bil telefon kamilah yang paling tinggi, lebih kurang RM200 sebulan. Apa nak dihairankan sebab isteri rakan-rakan kongsinya yang lain semuanya bekerja. Mana ada masa nak chit-chat macam Mak Kecik.

Mak Kecik hanya membuat panggilan kepada adik beradik. Sekali bercakap, 1 jam memang tak cukup. Sebenarnya Mak Kecik strict dengan perbelanjaan. I operate on the law of averages: sekiranya overshot pada sesuatu bulan, Mak Kecik akan kurangkan pada bulan yang seterusnya supaya perbelanjaan tahunan kekal pada had yang ditetapkan.

Mak Kecik jarang membuat panggilan kepada kawan-kawan kerana mereka bekerja dan Mak Kecik tak mahu mengganggu mereka. Kadang-kadang bila kita call dan mereka terpaksa cut short perbualan disebabkan tugas, kita terasa kecil hati walaupun kita tahu mereka terpaksa. Oleh sebab itu Mak Kecik lebih senang menerima panggilan daripada kawan-kawan.

Rakan-rakan kongsi Pakcik selalu complaint kerana Pakcik kurang menggunakan petrol chit yang disediakan syarikat. Ianya satu kemudahan tetapi ada juga sukarnya kerana petrol chit itu hanya boleh digunakan di satu stesen petrol sahaja. Pakcik juga tidak berapa selesa kerana tidak semua perjalanannya atas urusan syarikat. Mak Kecik pun tak tahu bila kemudahan itu diberhentikan.

Syarikat Pakcik ada peruntukan untuk keraian tetapi tidak diberi kepada individu. Mak Kecik pernah tanya tentang had elaun. Kata Pakcik tiada had tetapi ini tidak bermakna mereka boleh berbelanja ikut suka. Setiap perbelanjaan perlu diberi justifikasi.

Mak Kecik rasa perkara yang sama perlu dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Berdasarkan amaun yang diberikan di atas, apalah sangat potongan 10%. Macam tahi gigi aje. Lagipun apabila sesuatu itu boleh dipotong, maknanya ia tidak diperlukan. Lebih baik dikekalkan had elaun yang diberi sebagai panduan kelayakan seseorang penjawat awam tetapi setiap perbelanjaan diperincikan dan diperjelaskan. Lebih mudah untuk rakyat membuat audit sama ada elaun itu dipergunakan dengan wajar atau tidak. Sekiranya lebih dari had tetapi perlu, Kerajaan patut membayar. Sekiranya elaun berbaki, masukkan ke dalam mana-mana tabung yang boleh disalurkan kepada rakyat. Kerajaan bertanggung-jawab memberi kemudahan kepada pemimpin-pemimpin dan penjawat awam supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggung-jawab dengan cekap dan licin. Pada masa yang sama, kemudahan seperti elaun keraian mestilah tidak dilihat sebagai punca pendapatan tambahan. Wallahua'lam.





Saturday, June 7, 2008

Many ways to cope with price hike

Salam,

Berita di bawah ini, dipetik dari NST Online

By : Irdiani Mohd Salleh and Jennifer Gomez

KUALA LUMPUR: There is no need to take to the streets to show your unhappiness over the recent rise in petrol prices, say consumer associations.
Instead the people should consider car pooling, cutting back on non-essentials and even taking a shorter shower to manage the situation.

Street protests and demonstrations have been held the past two days to protest the fuel price hike, with organisers threatening more protests.

Consumers Association of Penang president S.M. Mohamed Idris said street protests would only create unnecessary unrest without solving anything.

"It is fine to speak out but don't go out to the streets to do it," he said.
To cope with the fuel price increase, he suggested that people adjust their lifestyles.

"For example, if they used to take their families out on weekends to shopping complexes, they should hang out at the parks," he said.

Ya, kita pergi membeli-belah di shopping complexlah. Di Bandar Baru Sg. Buloh ini, ada jogging track tetapi jika dilihat dari lokasi dan kemudahan yang disediakan, rasanya 'park' ini bukanlah untuk kegunaan awam tetapi untuk penduduk di kawasan berhampiran. Tempat letak kereta tiada jadi jika Mak Kecik bersemangat untuk tukar cara hidup sebagaimana yang dicadangkan, memang kereta mesti diparkir di kawasan kedai yang berhampiran atau yang paling senang, di atas jalan. Penguatkuasa bukannya ada kan?


He said companies could help by providing transport for their employees.

Mak Kecik pun ada employees jadi Mak Kecik tahu, sebagaimana dengan gaji minimum, this is easier said than done. Mungkin Kerajaan Persekutuan boleh memimpin melalui teladan. Di satu taklimat, Mak Kecik diberitahu pengurusan KL Convention Centre hanya mengambil pekerja yang tinggal 25km dari KLCC dan keutamaan diberikan kepada yang menggunakan kenderaan awam untuk sampai ke tempat kerja. Ini adalah sebahagian dari polisi hijau Syarikat tersebut.

Federation of Malaysian Consumers Associations president Datuk N. Marimuthu agreed with Idris, urging Malaysians to have civilised discussions instead.

"We have to be more responsible, not emotional," he said.

Marimuthu said Fomca had just initiated a 48-month campaign on lifestyle adjustment.

"We will be distributing pamphlets and posters on what consumers can do to change their lifestyles."

He also recommended that consumers visit Fomca's website for tips on how to save on water and energy.

Consumers Association of Subang and Shah Alam president Datuk Jacob George condemned demonstrations against fuel prices, adding that it would only cause unnecessary distress among the public.

He added that now was the time for consumers to be choosy.

"Check and compare prices at outlets before you shop and always look out for sales and discounted items.

"Consumers must also cut down on non-essential items like alcohol and cigarettes," he said.

Yang ini, Mak Kecik setuju. Takut Mak Kecik tengok harga rokok yang mahal, hairan sebab masih ada yang tidak boleh 'kick the habit'. Bapak, bapa mertuaku, berhenti merokok selepas mendapat serangan jantung. Dari perokok 1 TIN sehari terus ke 0. Pakcik, suamiku, mengambil masa untuk berhenti. Mak Kecik jalankan kempen anti merokok bermula dari waktu 'courting' lagi, waktu 'kentut wangi'. Undang-undang yang Mak Kecik tetapkan:

1. Tak boleh merokok di depan Mak Kecik terutama selepas Mak Kecik shampoo rambut.
2. Selepas mendapat anak, tidak dibenarkan merokok di dalam rumah.
3. Bila anak dah besar, mereka pun dilibatkan dalam kempen.
Bila jumpa rokok atau kotak rokok, mesti pulas sampai rokok tak boleh lurus dan impossible
to be lighted up.
Bila jumpa ashtray, humban ke dalam bakul sampah.
Kawasan-kawasan terlibat ialah rumah dan pejabat.
Bila Papa beli rokok, jerit kuat-kuat 'Mama, Papa beli rokok!'

To give credit to Pakcik, Mak Kecik hanya tahu yang dia benar-benar berhenti merokok selepas 3 bulan dia berhenti. Mak Kecik rasa pendorong paling utama ialah kasih sayangnya kepada anak-anak. Pakcik mahu hidup lama untuk melihat anak-anaknya membesar.

He added consumers need to be more accountable for their money.

"They must reduce the use of credit cards as in the long run they will only become a burden, especially to the middle and lower-income earners," George said.

Mak Kecik ada juga 2,3 kad kredit. Masa mula-mula diberi kad kredit, Mak Kecik tak pernah gunakan sampai Pakcik bertanya, 'Awak tak pandai nak guna ke?' Mak Kecik beritahu Pakcik, 'Jangan cabar saya.' Nasib baik Mak Kecik jarang guna, jadi bila ada transaksi internet dengan menggunakan kad kredit untuk membeli pakaian dalam dari Kanada, Pakcik pun hairan. Pengalaman hidup semasa kecil menyebabkan Mak Kecik takut dengan hutang dalam apa jua bentuk. Polisi Mak Kecik senang sahaja: Ada duit, beli. Tak ada duit, duduk diam-diam.

He added that government leaders should lead the way in teaching the people on how to save.

"They need to cut down the expenditure on grand functions which is a waste of money," he said.

Mak Kecik beri 2 kisah benar tentang pembaziran:

1. 3 guru-guru kanan dari Selangor diarahkan untuk berkursus di Melaka. Setiap mereka disewakan sebuah apartmen. Guru-guru ini tidak membawa suami atau keluarga bersama. Disebabkan takut untuk tidur sendirian, ketiga-tiga mereka berkampung di dalam SATU apartmen.

2. Sebuah GLC menganjurkan beberapa siri kursus untuk pegawai-pegawainya di Palace of Golden Horses. Nak jadi cerita, di kursus yang awal, seorang pegawai telah membuat aduan yang biliknya telah diceroboh. Berikutan dari insiden ini, GLC ini telah mengubah tempat kursus dari POGH ke ... KOMPLEKS LATIHAN milik GLC itu di Bangi. Kata penyelia kursus kepada peserta: 'Makanan di sini tak sedaplah.'

Muslim Consumers Association of Malaysia project director Noor Nirwandy Mat Noordin deemed street protests as inappropriate.

He suggested instead that consumers equip themselves with information on how to spend their money wisely.

But those who help organise street protests hold a rather different view, saying that it was one way to send a message to the government.

Teratai state assemblywoman Jenice Lee of DAP wants the government to bring down the petrol price to even lower than the previous RM1.92 per litre price.

"The increase is unjustified. We are an oil-producing country and yet our petrol subsidies are being taken away.

"Look at Saudi Arabia, oil prices the world over are increasing, but they are lowering their petrol prices. How come we are not able to do it?" she asked.

Lee who organised a protest in Ampang yesterday was called to give a police statement as the gathering was held without a permit.

Pas Youth chief Salahuddin Ayub said demonstrations were a way to convey the public outcry over the increase in fuel prices.

"With the demonstrations, we hope the government will listen to our plight and come up with something that can help alleviate the people's burden," he said.

Pas Youth plans to hold a demonstration in Kuala Lumpur next week.

Sebelum berangkat ke KK untuk menyambung pelajaran di UKM Sabah, ibu Mak Kecik berpesan, 'Belajar molek-molek. Jangan tunjuk-tunjuk perasaan. Jangan lawan kerajaan.' Sebagai anak yang yakin dengan kepentingan redha seorang ibu, Mak Kecik tidak pernah terlibat dengan sebarang perbuatan yang 'negatif' walaupun Mak Kecik menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selama 2 tahun. Tunjuk perasaan jalanan yang pertama yang Mak Kecik sertai ialah perarakan dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka apabila Dato' Sri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan.

Tunjuk perasaan tidak boleh disertai secara melulu, berdasarkan amarah semata-mata. It must be for a worthy cause. Sokongan dan dokongan mesti dibuat selepas congak untung ruginya dibuat.

Mak Kecik teringat kepada satu perbualan dengan kawan-kawan rapat yang tidak pernah menyertai sebarang protes jalanan mahupun sebagai pemerhati dari jauh. Kata mereka, 'Dia orang itu mengganas!' Kata Mak Kecik, ' You are looking at one of them. Do I look like a terrorist?'

Mak Kecik masih lagi mempertimbangkan untuk turut serta. Apabila Mak Kecik mengajak anak-anak (yang berumur 10 dan 13 tahun) menyertai sebarang perhimpunan, yang bongsu akan bertanya, 'Mama, adakah perhimpunan ini mempunyai kepentingan sejarah?' Mungkin Mak Kecik pun perlu bertanyakan soalan yang sama kepada diri sendiri. Wallahua'lam

Friday, June 6, 2008

ADA UNTUKMU

Salam,

Mak Kecik rasa ada masalah dengan site ini kerana semua klip video 'hilang'. Kod Html ada tetapi tidak dizahirkan. Untuk menguji sama ada masalah ini masih berterusan, Mak Kecik postkan video Nubhan AF6. Buat masa ini, videonya masih tidak kelihatan. Nampaknya terpaksa berbincang dengan anak-anak untuk trouble-shooting.

Berbalik kepada lagu Ada untukmu, melodinya sedap dan suara Nubhan pun amat sesuai dengan lagu ini. Dah tua tua ni, Mak Kecik sebenarnya lambat menangkap lirik lagu. Pada final AF6, tak tahu apa biji butirnya lagu ini tetapi melodinya memang menyentuh hati. Tadi, Mak Kecik dengar berulang-ulang kali dan dapatlah menyalin keseluruhan liriknya. Bersendirian, rasanya tiada apa yang luar biasa tentang cerita yang dibawa. Walau bagaimana pun, gabungan melodi, lirik dan suara Nubhan menjadikan lagu ini satu karya yang boleh dibanggakan.

Baca di sini untuk komen Mr. Manager @ Vernon Kedit, pengurus Ning Baizura.





Ada untukmu

Pencipta lagu : Zeti Akmar
Penulis lirik : Abie Abdullah
Penyanyi : Nubhan AF6

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati

Ooo…
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
janji yang puitis ‘tuk persembahan
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Chorus
Aku…
berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dariku
Aku…
berikan cinta
untuk membahagiakan harimu
Aku…
sayang dirimu
biarpun nafasku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya


Aaa…

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
merai cinta kita

Chorus
Aku
berikan kasih
Kalau itu yg kau mahu dariku
Aku
berikan cinta
untuk membahagiakan harimu
Aku..
sayang padamu
biar pun nafasku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya