| Nyza Ayob Thu | May 22, 08 | 2:18:43 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. Menurut Naib Presiden HEWI, PKPIM, Munirah Bahari cadangan agar Kementerian Pelajaran membuat rombakan ke atas pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang berwarna putih itu demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam. Jelasnya penukaran warna baju tersebut nampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. Katanyanya, PKPIM melihat konsep menutup aurat itu penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan muslimah. Tambahan pula pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. "Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan kes sosial, rogol, gangguan seksual mahupun hubungan seks sebelum perkahwinan yang melibatkan remaja wanita belasan tahun. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. "Implikasi daripada kejadian ini maka berlakulah kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi mahupun pelacuran. Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja merupakan isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak," katanya, dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Bagaimanapun katanya, masih terdapat pihak yang memandang sambil lewa hal ini. Jelasnya, pemakaian baju sekolah berwarna putih itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. "Pakaian merupakan cerminan akhlak seseorang muslim dan Islam sangat menitik beratkan perihal pakaian menurut Islam. Baju berwarna putih tersebut sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. "Di sinilah punca yang boleh kita saksikan terjadinya perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya. Hakikatnya, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku di negara kita," katanya. Beliau menegaskan seharusnya remaja perempuan perlu bersifat 'assertif' terhadap sesuatu perbuatan yang mencabuli kehormatan mereka. Katanya, apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa sahaja oleh sesiapa. Sehubungan itu beliau mengharapkan penilaian terhadap baju sekolah pelajar perempuan perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran secepat mungkin. "Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini," *** Berita di atas Mak Kecik ambil dari Harakahdaily. Apabila membacanya, teringat kepada Mrs. Lim yang mengajar Mak Kecik mata pelajaran Matematik Tingkatan 3 di STF dulu. Mrs. Lim cukup tidak bersetuju dengan baju kurung putih sebagai pakaian seragam sekolah. Dia tidak pernah bercakap tentang ke'jarang'an kain putih tetapi 'the neckline is not at all suitable. Very sexy.' Di STF, pelajarnya semua perempuan dan bilangan guru-guru lelaki boleh dikira dengan jari. Pengetua kami memang tegas dalam soal berpakaian. Spot check untuk memeriksa ketinggian paras skirt dari lutut adalah sesuatu yang biasa. Sekarang Mak Kecik tahu bahawa pemakaian 'camisole' atau baju dalam adalah diwajibkan untuk pelajar-pelajar yang memilih untuk mengenakan baju kurung. Yang ini Mak Kecik tak berapa ingat tetapi pemakaian butang baju kurung adalah wajib. Sudah pasti ada yang tidak bersetuju dengan pendirian 'jumud' PKPIM. Mak Kecik nak berkongsi satu cerita. Beberapa tahun dulu, Mak Kecik ke Pendang untuk mengikuti pilihanraya kecil di sana. Pada hari penamaan calon, hujan turun dengan lebatnya. Mahu tidak mahu, penyokong-penyokong kedua-dua parti yang bertanding iaitu PAS dan UMNO/BN terpaksa bertahan di dalam hujan untuk memberi sokongan kepada calon masing-masing. Penyokong lelaki tidak bermasalah kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang perlu dilindungi. Berlainan dengan penyokong perempuan. Dalam keadaan ini, muslimat PAS mempunyai kelebihan kerana mereka mengenakan jubah yang tebal, berwarna gelap dan bertudung labuh. Yang paling bermasalah ialah Wanita UMNO yang berkurung putih. Bila basah, baju putih menjadi jarang dan melekap kepada badan. Tudung Wanita UMNO setakat menutup kepala tetapi tidak menutup aurat. Maka dalam keadaan itu, semua ada, yang seksi dan yang seksa. |
Thursday, May 22, 2008
Putih tapi tak suci
Saturday, May 17, 2008
SELAMAT HARI GURU
Salam,
Minggu ini penuh dengan sambutan-sambutan. 15 Mei ialah Hari Belia. 16 Mei pula Hari Guru. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Cemerlang Negara Terbilang. Tadi sewaktu memandu balik dari sekolah, Mak Kecik dengar disebut dalam khutbah Jumaat yang disiarkan di Radio IKIM yang tema sambutan Hari Belia ialah Belia Cemerlang, Negara Terbilang. Mmm…
Mak Kecik tidak menyambut Hari Belia tetapi Hari Guru memanglah suatu hari yang amat dinanti-nantikan, Dahulu sebagai seorang pelajar. Kini sebagai seorang ibu dan juga pentadbir sekolah.
Mak Kecik membuat sedikit penyelidikan mengenai Hari Guru semalam dan amat terperanjat bila mendapati Hari Guru yang pertama diistiharkan pada tahun 1956 iaitu serentak dengan penerimaan Laporan Razak sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Mak Kecik ingat menyanyikan lagu ‘ Si Dia‘ yang dipopularkan Allahyarhamah Rafeah Buang semasa Majlis Penyampaian Hadiah sewaktu dalam Darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Teruntum, Kuantan. Mak Kecik juga ingat menyanyikan ‘Where’s your Mama gone’ di hadapan perhimpunan di suatu pagi dalam tahun 1971 sebagai sebahagian dari acara Kempen Berbahasa Inggeris sewaktu di Darjah 6 tetapi Mak Kecik tidak ingat sebarang bentuk sambutan Hari Guru di sekolah itu.
Di STF, Hari Guru disambut dengan meriah. Selalunya sebelah pagi dipenuhi dengan acara mengambil gambar kelas, pasukan sukan dan persatuan untuk majalah sekolah. Mak Kecik masih ingat rungutan guru-guru yang tidak puas hati tetapi siapa yang berani melawan perintah Cik Kalthum? Selepas sesi bergambar ini, barulah diadakan persembahan pentas di Dewan Sekolah dan acara ini memanglah salah satu ‘highlight of the year’. Walaupun pada ketika itu, pelajar-pelajar STF hanya dibenarkan keluar sekali sebulan tetapi sekatan itu tidak pula membantutkan daya kreativiti mereka. Persembahan-persembahan itu sama ada menghiburkan atau melucukan atau kedua-duanya sekali. Kemuncak sambutan Hari Guru di STF ialah pemilihan Guru Paling Popular yang dijalankan secara undian. (Ooo…tak perasan yang Mak Kecik belajar asas demokrasi di STF!) Yang Mak Kecik tak boleh lupakan ialah apabila Guru Paling Popular kami ( Mr. … apa namanya ye?) ditangkap polis kerana dituduh seorang komunis. Beliau adalah graduan segar dari Universiti Malaya dan dikatakan aktif dalam Persatuan Bahasa
Hari Guru menjadi penting semula kepada Mak Kecik bila anak-anak mula memasuki tadika. Sebagai suri rumah sepenuh masa, memang boleh untuk lepak-lepak bersama anak-anak tadika dan guru-guru mereka pada hari tersebut. Mak Kecik ingat Mak Kecik selalu memberi sumbangan makanan tetapi jarang memberi hadiah. Lokek juga ya!
Hari Guru menjadi sangat penting apabila Mak Kecik berkhidmat secara sukarela di Sekolah As-Syakirin. Sambutan Hari Guru 2002 adalah Hari Guru pertama yang Mak Kecik rancang dan kendalikan bersama ibu-ibu yang lain. Seperti biasa, apa-apa yang dilakukan dengan sepenuh jiwa dan raga pasti akan baik natijahnya. Menurut seorang guru, itulah sambutan Hari Guru yang terbaik yang pernah dialaminya sepanjang ia berada di Sekolah As-Syakirin. Bermula dengan acara rasmi di Dewan Sekolah disebelah pagi, ianya berakhir dengan acara
Alhamdulillah, anak-anak Mak Kecik tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran. Guru-guru pun selalu memberitahu yang sumbangan mereka terhadap kecemerlangan akademik anak-anak Mak Kecik adalah kecil kerana ‘mereka memang sedia pandai’. Mungkin itu betul tetapi ada aspek lain yang sumbangan mereka amatlah tidak ternilai dan sukar untuk Mak Kecik membalasnya. Di As-Syakirinlah, pertama kali Mak Kecik melihat anak Mak Kecik berjalan dengan gurunya meletak tangan di atas bahu anak Mak Kecik dan anak Mak Kecik pula memeluk pinggang gurunya. Kemesraan dan keakraban ini tidak pernah Mak Kecik lihat di sekolah-sekolah lain yang dihadiri anak-anak. Perkara ini menakjubkan kerana anak-anak Mak Kecik secara semula jadi adalah agak pemalu dan tidak pandai mencari / mencuri lampu sorot. Sebagai membalas jasa, apa yang Mak Kecik mampu buat hanyalah menggunakan kedudukan dan sedikit kuasa yang ada pada Mak Kecik untuk menjaga kebajikan dan kepentingan guru.
Mak Kecik akhiri tulisan ini dengan sebuah sajak yang telah Mak Kecik bacakan di As-Syakirin pagi tadi.
Melepaskan Burung Dari Sangkar Tergantung
Dan sangkar tergantung di anjung itu
menari-nari selepas engkau membuka pintunya
membebaskan burung terbang mencari pengertian baru
bersama sepotong fikir yang engkau bekalkan
untuk bicaranya pada alam
menjauh
sayup di ketinggian
dan engkau pun mengukir senyum
sementara menunggu sangkar baru
dan burung yang lain.
| A. Rafar Mohd Kuantan |
TERIMA KASIH DAN SELAMAT HARI GURU!
Monday, May 5, 2008
Sekolah Kluster
Salam,
USUL
Dengan ini dicadangkan supaya Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah membantu pengurusan sekolah dalam usaha untuk menjadikan Sekolah tersebut sebagai satu jenama yang dikaitkan bukan sahaja dengan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum tetapi juga kecemerlangan sahsiah semua pelajar melalui program-program yang boleh membangun dan menggilap ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran insaniah (softskills) pelajar-pelajar tersebut untuk meningkatkan daya saing mereka.
Berikut dicadangkan sasaran yang wajar dijadikan fokus oleh PBPSTF.
1. Sasaran jangka pendek:
Menjadikan lepasan STF diterima masuk universiti ternama luar negara
2. Sasaran pertengahan:
Menjadikan STF sekolah yang berwatak.
3. Sasaran jangka panjang:
Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan.
SYARAH
1. Pada 16 April 2008, STF telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan
2. Definisi
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan
3. Pelaksanaan
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster.
4. Pemilihan
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
4.1 Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
4.2 Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
4.3 Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
Perbandingan:
| Ranking | Nama Sekolah | GPS |
| 1 | SM SAINS SEREMBAN | 1.562 |
| 2 | KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH | 1.665 |
| 3 | SM SAINS ALAM SHAH | 1.688 |
| 4 | SBP INTEGRASI GOMBAK | 1.770 |
| 5 | SM SAINS SERI PUTERI | 1.709 |
| 6 | SM SAINS KUALA TERENGGANU | 1.947 |
| 7 | SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS | 1.956 |
| 8 | SM SAINS MUAR | 2.013 |
| 9 | SEKOLAH TUN FATIMAH | 2.018 |
| 10 | KOLEJ TUNKU KURSHIAH | 2.070 |
4.4 Kecemerlangan murid dalam aspek:
4.4.1 AkademiK
4.4.2 Kokurikulum
4.4.3 Sahsiah
4.5 Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
4.6 Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
4.7 Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
4.8 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
4.9 Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan
4.10 Keberkesanan pelaksanaan program KPM
4.11 Sekolah berwatak
5. Peranan agensi lain
Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:
5.1 Biasiswa
5.2 Kewangan/Dana
5.3 Program Kecemerlangan Akademik
5.4 Program Kecemerlangan Kokurikulum
5.5 Program Kerjaya
6.0 Impak
Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:
· Program Kecemerlangan Kokurikulum
· Program Kerjaya
· Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
· Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
· Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
· Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
· Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
· Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
· Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di
7.0 Penglibatan PBPSTF
Selain daripada bekerjasama sebagaimana yang digariskan di bahagian 5, PBPSTF dapat berperanan untuk membantu menyediakan pelajar dan sekolah mencapai sasaran-sasaran yang dicadangkan.
7.1 Sasaran jangka pendek - menjadikan lepasan STF diterima masuk universiti ternama luar negara
Untuk mencapai sasaran jangka pendek, penumpuan perlu diberi kepada pembangunan kemahiran insaniah pelajar. Pembangunan ini perlu dibuat secara menyeluruh melalui program-program langsung dan tidak langsung yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Penglibatan kesemua pelajar adalah penting kerana pelajar-pelajar yang masuk ke STF adalah pelajar-pelajar yang telah diakui potensi akademik mereka. Yang membezakan pelajar-pelajar ini ialah aspek ‘environment and nurturing’ yang mereka terima sebelum masuk ke STF. Sewajarnya PBPSTF membantu pihak sekolah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk proses membentuk kemahiran insaniah.
Definasi: (dengan izin)
Soft skills is a sociological term which refers to the cluster of personality traits, social graces, facility with language, personal habits, friendliness, and optimism that mark people to varying degrees. Soft skills complement hard skills, which are the technical requirements of a job.
Some examples of soft skills:
Personal Qualities:
· responsibility,
· self-esteem,
· sociability,
· integrity/honesty.
Interpersonal Skills
· Participates as a member of the Team
· Teaches others
· Serves Client / Customers
· Exercises Leadership
· Negotiates
· Works with cultural diversity
7.2 Sasaran pertengahan - menjadikan STF sekolah yang berwatak.
Sasaran ini lebih menumpu kepada proses penjenamaan institusi. Peranan PBPSTF di sini ialah untuk turut membantu sekolah memilih dan menentukan dalam ‘niche area’ yang mana sekolah mahu dikenali. Pertimbangan mungkin perlu dibuat dari segi:
a. penglibatan pelajar yang menyeluruh
b. relevan dalam jangka masa yang panjang / malar hijau
c. kemanfaatan kepada pelajar, sekolah dan masyarakat umum
7.3 Sasaran jangka panjang: Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan.
Kejayaan mencapai sasaran jangka panjang amatlah bergantung kepada kejayaan kita mencapai sasaran jangka pendek dan pertengahan di mana kita menyediakan asas untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan layak digelar pemimpin.
8.0 Penutup
Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn't do than by the ones you did. So throw off the bowlines, Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream.
- Mark Twain [Samuel Langhornne Clemens] (1835-1910)