Friday, May 30, 2008

Makeup Revisited

Salam,

Anak buah Mak Kecik, Amy, insya Allah, akan bernikah dengan Jamil hari Ahad ni (1 Jun 2008 ), jam 10 pagi. Upacara pernikahan akan diikuti dengan solat sunat nikah. Solat mestilah didahului dengan wudhu'. Lazimnya pengantin lelaki saja yang mengerjakan solat sunat ini. Agaknya sebab pengantin perempuan sayangkan makeupnya.

Amy, insya Allah, akan turut mengerjakan solat sunat ini. Minggu lepas dia telefon Mak Kecik, beri advance notice yang dia memerlukan khidmat andaman Mak Kecik untuk touch-up selepas solat. Mak Kecik memang dah lama tak makeup. Punyalah lama, petang tadi semasa mencari loose powder brush, Mak Kecik jumpa screw driver dalam makeup bag. Siapa punya kerjalah tu!

Mak Kecik memulakan ulangkaji mengenai makeup technique dari Sabtu lepas. Ingatkan nak membaca saja. Lupa sekarang era youtube. Punyalah banyak video demo makeup. Mak Kecik jumpa video Eve Pearl, pemenang Emmy Award untuk solekan sebanyak 5 kali. Sememangnya dia pakar. Laman sesawangnya di sini.


Petang tadi Mak Kecik pergi shopping untuk membeli alat solekan tambahan dan dah buat trial run pun di muka sendiri (anak perempuan tak beri pinjam muka) dengan menggunakan teknik-teknik Eve. Tak ada masalah kecuali bila nak line mata...tak nampak!


Monday, May 26, 2008

Tun Salleh Abas bersuara

Kenyataan di bawah telah diberikan kepada Rocky's Bru.

***

Since (Matthias Chang) doubts my innocence, (he) should devote his activities towards getting a government agreement to establish a Royal Commission of Inquiry to investigate into the circumstances of my dismissal and the suspension of 5 other Judges that led to the eventual sacking of 2 of these Judges.

"The Royal Commission of Inquiry should call as witnesses, among others, the following main players in the 1988 event:

"1. Dr Mahathir Mohamad
2. The former Chief Secretary to the Government
3. The former Attorney-General Abu Talib Othman
4. Hamid Omar, who chaired the Tribunal and who succeed Salleh after his sacking
5. Other members of the two Tribunals
6. Tan Sri Haidar (chairman of the 2007 RCI into VK Lingam's tape, who testified at the 1988 Tribunal)
7. The surviving Judges who were suspended/sacked by the Tribunals."


***

Ketika krisis kehakiman yang melibatkan Tun Salleh Abas berlaku, Mak Kecik sedang sarat mengandung anak yang kedua. Pak Cik seorang yang berahsia. Mak Kecik tahu yang dia terlibat sedikit sebanyak membantu pembelaan Tun Salleh tetapi setakat itulah. Siapa, di mana, bila ... dia tak pernah beritahu dan Mak Kecik pun tak ambil pusing. Mak Kecik ni memang jenis yang kepoh tetapi sekepoh Mak Kecik ini pun tak dapat menerobosi pegangannya. Selain dari itu, Mak Kecik menghormati etika guamannya dan sememangnya ‘he practices what he preaches’. (Pak Cik memulakan kerjaya guamannya sebagai pensyarah undang-undang.)

Ada dua insiden peribadi yang mengingatkan Mak Kecik kepada episod Salleh Abas.

Insiden yang pertama berlaku pada satu malam. Pak Cik telah membuat ‘dinner date’ di Merlin Subang dengan seorang peguam lain. Dia keluar selepas Maghrib dan sebelum keluar rumah, dia sempat berkata, ‘Saya pergi sekejap aja. Nanti saya belikan dinner untuk awak.’ Mak Kecik pun menunggulah. Kebetulan pada malam itu, ada siaran langsung bola sepak di tv. Mak Kecik memang peminat bola sepak, jadi memang tak terasa waktu yang berlalu. Dalam pada itu, tertidur juga di depan TV. Mak Kecik hanya terjaga pada pukul 3 pagi iaitu apabila terdengar pintu dibuka orang. Pak Cik yang membukanya dan dia bising kerana pintu depan tidak berkunci. Pak Cik lupa balik awal tetapi dia tak lupa dinner Mak Kecik. I had my nasi lemak at 3 am. Mmm…

Insiden yang kedua berlaku pada suatu pagi Ahad. Pagi-pagi lagi Mak Kecik dah bersiap untuk pergi shopping kerana ada jualan murah di Mun Loong. Rupa-rupanya Pak Cik ada ‘lunch date’ dengan rakan peguamnya. Mak Kecik tak mahu mengalah kerana berpegang yang Ahad adalah hari untuk keluarga. Sales bukannya ada hari-hari kan? Apabila Pak Cik tetap tak mahu pergi, Mak Kecik pergi seorang diri. Anak pun Mak Kecik tinggalkan dengannya. Mak Kecik tiba di rumah semula sebelum jam 12 tengah hari dengan khazanah dari Mun Loong (besen, baju baby dll), kiranya sempatlah untuk Pak Cik pergi ke Merlin Subang kerana waktu itu kami menyewa di Wangsa Baiduri, sebuah taman perumahan di sebelah Holiday Villa Subang. Tapi Pak Cik relaxed aja. Rupanya dia dah batalkan ‘lunch date’nya. Boleh pulak! Mmm…

Kes Tun Salleh ini berlaku 20 tahun yang lalu. Mak Kecik pun dah tak ingat secara terperinci. Apa yang mungkin boleh dikongsi di sini ialah semua peguam yang terlibat dalam pembelaan Tun Salleh melakukannya secara sukarela kerana mereka percaya bahawa Tun Salleh adalah mangsa kezaliman.

Baru-baru ini Mak Kecik diberitahu bahawa Tun Hamid Omar, pengganti Tun Salleh Abas sedang berada dalam keadaan koma. Wallahua’lam.

Sunday, May 25, 2008

HEARTS NOT DIAMONDS

Salam,

Bila Mak Kecik masuk ke dapur pagi ini, TV sudah terpasang. Dan apabila Mak Kecik jenguk ke ruang keluarga, kelihatan Lauren Bacall dalam satu scene dari filem 'The Fan' di kaca TV. Mak Kecik bukan peminat Lauren Bacall, malahan offhand tak boleh sebut pun nama filem-filemnya tetapi Mak Kecik tahu dia seorang pelakon yang hebat. So I stayed to watch and what I saw, I liked...




Here is the lyric

When the noise dies down
When all the songs are sung
When the world caught the last bus home
When the swing has swung
And thoughts of hearts and diamonds
Start running through my mind
Diamonds seem to cling to me
Hearts get left behind
I always chase those diamonds
Hoping I would shine
Hearts were not my strongest suite
So you were never mine

Anyone who knew
all the things I’ve done
Wouldn’t hesitate to say
she’s the lucky one
But I need hearts not diamonds
You never understood
You don’t know I ‘d leave those sparkling devils if I could
But always not that easy
I can’t let them go
At least through diamonds something last
With hearts you’ll never know

I want it hearts
No one play hearts
Just diamonds

I was trapped in
The set up
No let up
What is hearts not diamonds
I’ve had enough champagne
I don’t care if I don’t fly around the world again
But always not that easy
I don’t know where to stop
I’ve played with diamonds for so long
It’s hard to recognize a heart

I’d give you hearts not diamonds
And all you have to give
It’s quite another world tonight
Keep me from the noise and light
Keep your diamonds
Hold on tight to me
Give your hearts to me
To me…..

Friday, May 23, 2008

AF6 - Menuju Puncak



Update on Stacy AF6


Update

Stacy telah dinobatkan sebagai Juara AF6. Dia sememangnya layak dan Mak Kecik memang bersetuju dengan komen Ogy ( You are born to be a performer ), juga komen Adlin Aman Ramli ( Kalau kau bagus, memang dari awal kau dah bagus )yang ditujukan kepada peserta lain tetapi tepat untuk satu pertandingan seperti AF6. Jika ada hadiah untuk persembahan terbaik, Mak Kecik akan berikan kepada Nubhan kerana telah berjaya menyampaikan lagu baru 'Ada untukmu' dengan begitu berkesan sekali sampaikan Ogy menitiskan air mata dan Ning merasakan dialah Mumtaz dalam lagu itu.


Salam,


Saluran 104 ASTRO sekarang sedang hangat mempromosi Final Akademi Fantasia 6. Program AF adalah satu-satunya program realiti yang Mak Kecik ikuti dengan setia terutama AF1-AF5. AF6, agak 'kureng' sedikit kerana Mak Kecik tidak bersetuju dengan penyertaan Saida, kakak Siti Norhaliza dan Mama Rina, seorang ibu tunggal yang bercucu 2. Sebagai protes, Mak Kecik langsung tidak mengikuti program itu . Hanya apabila kedua-duanya tersingkir, barulah Mak Kecik duduk di hadapan TV. Mak Kecik tidak faham kenapa pihak Astro melonggarkan syarat umur sedangkan AF itu sendiri bertujuan untuk menggilap bintang pelapis. Bagaimana mahu menjadi pelapis jika peserta tidak boleh menari disebabkan kaki yang sudah sedia sakit ?

Mak Kecik menghargai minat dan bakat dalam sebarang bidang. Bak kata Allahyarham P.Ramlee, 'Kalau kau nak jadi pencuri, jadilah pencuri yang terbaik.' Untuk menjadi yang terbaik, ilmu adalah keperluan utama. Mak Kecik dapati AF adalah sarat dengan ilmu. Latihan-latihan untuk suara, untuk persembahan, untuk komunikasi dll. Mak Kecik sendiri sedikit sebanyak dapat mengutip ilmu yang guru-guru AF ajarkan terutamanya yang berkaitan dengan lontaran suara. Mak Kecik gunakan teknik-teknik ini sewaktu mengajar. Alhamdulillah, ketika awal mengajar murid-murid Darjah 1-3 dulu, Mak Kecik terpaksa gunakan mikrofon sehinggalah Mak Kecik pandai menggunakan diaphragm untuk menghasilkan suara 'dalam'. Pendek kata, kalau Mak Kecik boleh 'menjerit' seperti sekarang, mungkin Mak Keciklah yang jadi Sargeant Persatuan Bulan Sabit Merah di STF dulu dan bukannya Left Marker yang bisu. (Sorry , Zubi dan Radzie!)

Pak Cik memang tak suka musim AF kerana disepanjang musim, atas dasar 'siapa cepat dia dapat', dia tidak dapat menonton saluran-saluran berita . Padanya Mak Kecik membuang masa. Memang Mak Kecik akui AF melalaikan dan seseorang itu boleh ketagih. Hujah balas Mak Kecik ialah bagaimana nak merapati remaja jika kita tidak cuba untuk memahami citarasa mereka. Mak Kecik juga berpendapat adalah tidak adil 'to judge a book by its cover' semata-mata. Oleh kerana Mak Kecik suka menonton AF, anak-anak pun tumpang sekaki tetapi mereka tidak sekali-kali dibenarkan mengundi.

Aspek pergaulan dalam AF memang suatu perkara yang Mak Kecik kurang senangi dan Mak Kecik tidak menyalahkan Astro. Memang jelas kebanyakan pelajar membawa masuk budaya hidup mereka. Ternyata didikan yang mereka terima dari keluarga tidak menitikberatkan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mawi (AF3), Salima (AF4), Haliza (AF5) dan Faizal(AF6) berusaha untuk mengekalkan jati diri mereka. Apa yang boleh Mak Kecik simpulkan ialah 'minyak dan air tak boleh bercampur'.

Kami sekeluarga memang meminati nyanyian dan lakunan. Tiga anak yang tertua memang dihantar mengikuti kelas muzik. Yang sulung boleh bermain piano dan gitar. Yang kedua boleh bermain piano dan biola. Yang ketiga tamat kelas Yamaha tetapi berhenti setakat piano gred 1 ABRSM. Sewaktu di Tingkatan 3, dia berpeluang merakamkan nasyid untuk kutipan derma Sekolah As-Syakirin. Yang keempat dan kelima tidak mengikuti sebarang kelas muzik formal kerana Mak Kecik berpindah ke kediaman sekarang dan tiada guru muzik yang sudi mengajar di tempat jin bertendang. Anak keempat juga sukakan lagu tetapi kerana sifatnya yang pendiam, Mak Kecik hanya mendengar dia 'humming'. Anak yang kelima adalah salah seorang dari kumpulan Iqra' As-Syakirin yang telah merakamkan album Bijak Iqra' keluaran Inteam Records. VCD mereka mendapat sambutan yang baik terutama di negeri-negeri Pantai Timur.

Anak-anak Mak Kecik berbakat di bidang muzik tetapi minat mereka biasa-biasa saja. Justeru setakat ini tiada konflik yang timbul. Mak Kecik tidak dapat bayangkan bagaimana jika salah seorang daripada mereka berbakat besar dan berminat besar seperti Faizal Tahir, pemenang 4 Anugerah AIM. Mak Kecik kenal ibu bapanya.

Berbalik kepada Final AF6, graf dan undian yang ditunjukkan di Diari AF Ext menunjukkan Stacy mendahului peserta-peserta lain. Stacy memang mempunyai pakej lengkap untuk menjadi penghibur dan mutu persembahannya konsisten. Walau bagaimana pun, atas dasar keperluan, Mak Kecik mungkin memberi undi kepada Toi yang berusia 33 tahun dan telahpun berumahtangga.

Sama-samalah kita tunggu keputusannya.



Thursday, May 22, 2008

Putih tapi tak suci

PKPIM cadang kerajaan rombak sistem pemakaian pelajar perempuan
Nyza Ayob
Thu | May 22, 08 | 2:18:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah.

Menurut Naib Presiden HEWI, PKPIM, Munirah Bahari cadangan agar Kementerian Pelajaran membuat rombakan ke atas pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang berwarna putih itu demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam.

Jelasnya penukaran warna baju tersebut nampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

Katanyanya, PKPIM melihat konsep menutup aurat itu penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan muslimah. Tambahan pula pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan kes sosial, rogol, gangguan seksual mahupun hubungan seks sebelum perkahwinan yang melibatkan remaja wanita belasan tahun. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.

"Implikasi daripada kejadian ini maka berlakulah kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi mahupun pelacuran. Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja merupakan isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak," katanya, dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat pihak yang memandang sambil lewa hal ini. Jelasnya, pemakaian baju sekolah berwarna putih itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.

"Pakaian merupakan cerminan akhlak seseorang muslim dan Islam sangat menitik beratkan perihal pakaian menurut Islam. Baju berwarna putih tersebut sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak.

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan terjadinya perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya. Hakikatnya, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku di negara kita," katanya.

Beliau menegaskan seharusnya remaja perempuan perlu bersifat 'assertif' terhadap sesuatu perbuatan yang mencabuli kehormatan mereka. Katanya, apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa sahaja oleh sesiapa.

Sehubungan itu beliau mengharapkan penilaian terhadap baju sekolah pelajar perempuan perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran secepat mungkin.

"Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini,"

***

Berita di atas Mak Kecik ambil dari Harakahdaily.

Apabila membacanya, teringat kepada Mrs. Lim yang mengajar Mak Kecik mata pelajaran Matematik Tingkatan 3 di STF dulu. Mrs. Lim cukup tidak bersetuju dengan baju kurung putih sebagai pakaian seragam sekolah. Dia tidak pernah bercakap tentang ke'jarang'an kain putih tetapi 'the neckline is not at all suitable. Very sexy.'

Di STF, pelajarnya semua perempuan dan bilangan guru-guru lelaki boleh dikira dengan jari. Pengetua kami memang tegas dalam soal berpakaian. Spot check untuk memeriksa ketinggian paras skirt dari lutut adalah sesuatu yang biasa. Sekarang Mak Kecik tahu bahawa pemakaian 'camisole' atau baju dalam adalah diwajibkan untuk pelajar-pelajar yang memilih untuk mengenakan baju kurung. Yang ini Mak Kecik tak berapa ingat tetapi pemakaian butang baju kurung adalah wajib.

Sudah pasti ada yang tidak bersetuju dengan pendirian 'jumud' PKPIM. Mak Kecik nak berkongsi satu cerita. Beberapa tahun dulu, Mak Kecik ke Pendang untuk mengikuti pilihanraya kecil di sana. Pada hari penamaan calon, hujan turun dengan lebatnya. Mahu tidak mahu, penyokong-penyokong kedua-dua parti yang bertanding iaitu PAS dan UMNO/BN terpaksa bertahan di dalam hujan untuk memberi sokongan kepada calon masing-masing. Penyokong lelaki tidak bermasalah kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang perlu dilindungi. Berlainan dengan penyokong perempuan. Dalam keadaan ini, muslimat PAS mempunyai kelebihan kerana mereka mengenakan jubah yang tebal, berwarna gelap dan bertudung labuh. Yang paling bermasalah ialah Wanita UMNO yang berkurung putih. Bila basah, baju putih menjadi jarang dan melekap kepada badan. Tudung Wanita UMNO setakat menutup kepala tetapi tidak menutup aurat. Maka dalam keadaan itu, semua ada, yang seksi dan yang seksa.

I am all shook up



***

Najib: I'll see Dr M

Torn in a flash! Musa Hitam must be cursing Mahathir. Because it looks like the Umno leaders who had an emergency Supreme Council meeting last night actually wanted back the "thorn in the flesh".
For the record, Pak Lah chaired the meeting. The Second-in-Command must be more eloquent and awake at such an hour, which is probably why he was the one speaking to the Press.
And Najib is saying exactly what he said the other day - that he's prepared to meet Dr M on the quit decision. What it means is that the Supreme Council has agreed for Najib to meet the Old Man. The meeting is to try persuade the Thorn to come back to the Flesh..
Dr M is in Tokyo to attend an international conference. Pak Lah is scheduled to be there as well. Yes, it's the same conference in which the two met but we were not sure for a long time who actually wanted the meeting and who went to whose room for the meeting.
At the airport yesterday, some Umno big wigs were there to send off the Thorn.

***

Selesai membaca posting di atas di Rocky's Bru, lagu di atas adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran. Elvis all shook up disebabkan cinta tetapi UMNO bergegar kerana benci, takut dan resah.

Berjaya!!!

Mak Kecik berjaya 'embed' the video clip pada cubaan yang pertama tanpa bantuan sesiapa pun!

So here's video clip yang kedua, sebuah lagu dari Debbie Boone, 'You light up my life', lagu kegemaran Mak Kecik dari dulu lagi. Tak tahu kenapa tetapi melodi dan lirik lagu ini melekat di kepala dulu, kini dan mungkin selamanya.