Sunday, June 22, 2008

Bapak oh Bapak!

Salam,

Mak Kecik dah lama tak berjumpa dengan Bapak, bapa mertuaku. Kalau ikutkan hajat di hati, memang kami mahu melawatnya sekali sebulan. Cuma kebelakangan ini, Pak Cik sibuk dan kesibukan ini kadang-kadang memang tidak dapat ditelah lebih awal. Justeru kami tidak berani membuat perancangan terlalu awal, bimbang ianya terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir dan lebih mengecewakan orang tua itu.

Sabtu lalu (14 Jun) , biras Mak Kecik ke Sungai Petani untuk mengambil Bapak. Bapak perlu ke IJN untuk mengambil ubat jantungnya. Selain dari itu, kehadiran Bapak sebagai jurucakap keluarga juga diperlukan kerana cucunya mahu menyunting anak dara orang. Rombongan kami seramai 13 orang meliputi 4 generasi berlepas ke Kota Kinabalu pada 19 Jun dengan pesawat ... apa lagi kalau bukan Air Asia. Yes, now everyone can fly!

Di KK, kami menginap di dua buah apartmen 3 bilik. Bapak dan Tok Mak berkongsi apartmen dengan Mak Kecik 5 beranak. Walaupun kami menghabiskan banyak masa di apartmen yang satu lagi untuk makan minum dan menyiapkan barang-barang hantaran, Mak Kecik sempat juga lepak dengan Bapak. Kali ini Bapak memberitahu Mak Kecik tentang penglibatannya dalam e-trading!

Bapak is an intelligent man dan untuk seseorang yang berusia 80 tahun ++, daya ingatannya juga amat baik tetapi Bapak dan e-trading? Susah untuk Mak Kecik menerimanya kerana beliau ada fobia untuk all things electronic. Sehingga kini beliau tidak berani menggunakan ATM. Dulu kami menggalakkannya untuk belajar menggunakan komputer supaya dia boleh melayari internet tetapi beliau menolaknya atas alasan beliau sudah tidak berkemampuan untuk belajar.


Bapak menceritakan bidang barunya dengan 2 harapan: 1. Kami dapat memberikan modal yang lebih besar supaya dia dapat membeli pakej yang lebih menarik pulangannya. 2. Kami menjadi 'kaki' di bawahnya. Bapak betul-betul yakin yang 'perniagaan' yang diceburinya kini bukan sekim Pak Man Telo abad 21. Mak Kecik tak bertanya modal asalnya tetapi menurut Bapak, rekod 'on-line'nya menunjukkan 2 pembayaran berjumlah RM 900 dan RM 1200 dalam tempoh 2 minggu. Lumayan!

Pagi tadi, Bapak datang ke rumah. Mak Kecik saja tak keluar bilik kerana tak mahu ganggu orang dua beranak itu berbincang tentang 'pelaburan' yang menjanjikan pulangan berjuta ringgit dalam masa setahun dua. Kata Pak Cik, Bapak minta RM 3000 supaya dia boleh beli pakej platinum. Pak Cik juga buka laman sesawang perniagaan tersebut dan sama-sama menelitinya dengan Bapak. Kesimpulannya Pak Cik tidak yakin dengan perniagaan tersebut.

Mak Kecik tahu Bapak kecewa kerana tidak mendapat sokongan Pak Cik. Mak Kecik juga tahu pada pemikirannya, jumlah RM 3000 sekadar 'chicken feed' pada Pak Cik. Perasaan Mak Kecik memang bercampur-baur: sedih kerana menghampakan harapan orang tua walaupun tindakan itu adalah yang terbaik dan gembira kerana menggagalkan 'vultures' yang berlegar mencari mangsa di kalangan pesara-pesara. Wallahua'lam

***
Lawatilah Ui2U.com untuk mengetahui peluang membuat duit yang ditawarkan kepada bapaku yang buta IT.

***

Untuk mengingatkan diri ini tentang tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya, Mak Kecik baca PARENTS.pdf (application/pdf Object) .

No comments: