Saturday, May 17, 2008

Di Balai Raya

Hari ini SAM Bestari USJ5, sekolah anak Mak Kecik yang ketiga mengadakan gotong royong perdana. Sebagai AJK PIBG, sewajarnya Mak Kecik berada di sana hatta setakat menunjuk muka sebagai sokongan walau pun dari segi tenaga dan kudrat, memang Mak Kecik angkat tangan.

Mak Kecik memulakan hari ini dengan hadir di Balai Raya Kampung Kubu Gajah untuk menyerahkan borang-borang maklumat penduduk yang telah siap difotostat semalam. Kalau diikut jadual bertugas, giliran Mak Kecik pada sebelah petang. Namun memandangkan sukarelawan-sukarelawan masih belum biasa dengan borang dan maklumat-maklumat yang diperlukan, Mak Kecik terus berada di situ untuk membantu. Dengan itu, memang tidak sempat untuk ke USJ5.

Kerja yang dilakukan hari ini adalah sebagai respons kepada arahan yang diterima dari pimpinan parti di peringkat Kawasan iaitu supaya dikumpulkan maklumat-maklumat penduduk yang layak untuk menerima agihan zakat dan hadiah pendidikan untuk anak-anak yang layak memasuki universiti pada peringkat ijazah pertama.

Esok, Mak Kecik dan kawan-kawan akan terus berada di Balai Raya untuk menunggu kedatangan penduduk-penduduk kampung. Mak Kecik yakin mereka yang datang hari ini akan menyampaikan kepada kawan-kawan mereka tentang bantuan-bantuan yang ingin disampaikan. Mak Kecik juga pasti mereka akan bercerita tentang layanan baik kami tanpa mengira ideologi politik. Insya Allah.


No comments: