Monday, May 5, 2008

Terima kasih Google

Salam,

Beberapa minggu yang lalu, masa Mak Kecik banyak dihabiskan membuat penyelidikan ke atas berbagai topik. Ini adalah sebagai maklumat latar belakang untuk menyediakan usul-usul untuk dibawa di beberapa mesyuarat.

Syukur ada internet. Syukur ada Google. Walau pun Mak Kecik bukanlah techno-savvy sangat tetapi tidaklah buta IT, jadi memanglah sedikit sebanyak berupaya untuk membuat carian di alam maya. Di zaman ini, kita harus menjadi orang yang bermaklumat. Jika mahu mengkritik, mesti ada asas. Jika mahu mencadangkan penyelesaian, juga mesti ada asas yang berlandaskan fakta yang kukuh.

Mak Kecik seronok kerana usul-usul hasil tangan Mak Kecik diterima baik. Yang lebih menyeronokkan kerana semuanya disokong. Rasa berbaloi berhari bermalam bersengkang mata mengadap komputer.

No comments: