Monday, May 5, 2008

Sekolah Kluster

Salam,


Usul ini telah dibawa di Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah yang telah berlangsung di Impiana Hotel KLCC pada 26 April yang lalu. Alhamdulillah, ianya diterima baik oleh adik kakak. Di antara bekas-bekas pelajar yang telah berucap menyokong ialah Prof Halimatun Hamdan @ Kak Maton, pakar nanoteknologi dari UTM dan Puan Fatanah @ Kak Punai, bekas Pengetua SMS Seremban. Mereka berdua ada terlibat dalam beberapa program yang melibatkan pelajar-pelajar STF dan berpendapat bahawa masih ada celah dan ruang untuk meningkatkan lagi tahap kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar STF.

USUL


Dengan ini dicadangkan supaya Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah membantu pengurusan sekolah dalam usaha untuk menjadikan Sekolah tersebut sebagai satu jenama yang dikaitkan bukan sahaja dengan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum tetapi juga kecemerlangan sahsiah semua pelajar melalui program-program yang boleh membangun dan menggilap ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran insaniah (softskills) pelajar-pelajar tersebut untuk meningkatkan daya saing mereka.

Berikut dicadangkan sasaran yang wajar dijadikan fokus oleh PBPSTF.

1. Sasaran jangka pendek:

Menjadikan lepasan STF diterima masuk universiti ternama luar negara

2. Sasaran pertengahan:

Menjadikan STF sekolah yang berwatak.

3. Sasaran jangka panjang:

Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan.

SYARAH

1. Pada 16 April 2008, STF telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Di portal rasmi STF, tertulis ungkapan ini iaitu ‘Semoga pengtiktirafan ini akan melonjak STF ke persada antarabangsa.’

2. Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

3. Pelaksanaan

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster.

4. Pemilihan

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

4.1 Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4.2 Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)

4.3 Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

SBP : GPS 2.5 dan ke bawah

Perbandingan:

Ranking

Nama Sekolah

GPS

1

SM SAINS SEREMBAN

1.562

2

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

1.665

3

SM SAINS ALAM SHAH

1.688

4

SBP INTEGRASI GOMBAK

1.770

5

SM SAINS SERI PUTERI

1.709

6

SM SAINS KUALA TERENGGANU

1.947

7

SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

1.956

8

SM SAINS MUAR

2.013

9

SEKOLAH TUN FATIMAH

2.018

10

KOLEJ TUNKU KURSHIAH

2.070

4.4 Kecemerlangan murid dalam aspek:

4.4.1 AkademiK

4.4.2 Kokurikulum

4.4.3 Sahsiah

4.5 Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.

4.6 Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.

4.7 Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.

4.8 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4.9 Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan

4.10 Keberkesanan pelaksanaan program KPM

4.11 Sekolah berwatak

5. Peranan agensi lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

5.1 Biasiswa

5.2 Kewangan/Dana

5.3 Program Kecemerlangan Akademik

5.4 Program Kecemerlangan Kokurikulum

5.5 Program Kerjaya

6.0 Impak

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

· Program Kecemerlangan Kokurikulum

· Program Kerjaya

· Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar

· Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara

· Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster

· Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan

· Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)

· Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara

· Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)

· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

7.0 Penglibatan PBPSTF

Selain daripada bekerjasama sebagaimana yang digariskan di bahagian 5, PBPSTF dapat berperanan untuk membantu menyediakan pelajar dan sekolah mencapai sasaran-sasaran yang dicadangkan.

7.1 Sasaran jangka pendek - menjadikan lepasan STF diterima masuk universiti ternama luar negara

Untuk mencapai sasaran jangka pendek, penumpuan perlu diberi kepada pembangunan kemahiran insaniah pelajar. Pembangunan ini perlu dibuat secara menyeluruh melalui program-program langsung dan tidak langsung yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Penglibatan kesemua pelajar adalah penting kerana pelajar-pelajar yang masuk ke STF adalah pelajar-pelajar yang telah diakui potensi akademik mereka. Yang membezakan pelajar-pelajar ini ialah aspek ‘environment and nurturing’ yang mereka terima sebelum masuk ke STF. Sewajarnya PBPSTF membantu pihak sekolah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk proses membentuk kemahiran insaniah.

Definasi: (dengan izin)

Soft skills is a sociological term which refers to the cluster of personality traits, social graces, facility with language, personal habits, friendliness, and optimism that mark people to varying degrees. Soft skills complement hard skills, which are the technical requirements of a job.

Some examples of soft skills:

Personal Qualities:

· responsibility,

· self-esteem,

· sociability,

· self-management,

· integrity/honesty.

Interpersonal Skills

· Participates as a member of the Team

· Teaches others

· Serves Client / Customers

· Exercises Leadership

· Negotiates

· Works with cultural diversity

7.2 Sasaran pertengahan - menjadikan STF sekolah yang berwatak.

Sasaran ini lebih menumpu kepada proses penjenamaan institusi. Peranan PBPSTF di sini ialah untuk turut membantu sekolah memilih dan menentukan dalam ‘niche area’ yang mana sekolah mahu dikenali. Pertimbangan mungkin perlu dibuat dari segi:

a. penglibatan pelajar yang menyeluruh

b. relevan dalam jangka masa yang panjang / malar hijau

c. kemanfaatan kepada pelajar, sekolah dan masyarakat umum

7.3 Sasaran jangka panjang: Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan.

Kejayaan mencapai sasaran jangka panjang amatlah bergantung kepada kejayaan kita mencapai sasaran jangka pendek dan pertengahan di mana kita menyediakan asas untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan layak digelar pemimpin.

8.0 Penutup

Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn't do than by the ones you did. So throw off the bowlines, Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream.

- Mark Twain [Samuel Langhornne Clemens] (1835-1910)

No comments: